June Lojong

Junainah "June" M. Lojong (lahir 7 Julai 1978) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau ialah isteri kepada pelakon veteran, Nam Ron dan banyak bergiat aktif dalam televisyen, filem dan teater.[1] Menerusi filem Redha lakonannya, June memenangi Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-29.[2] Selain itu, beliau juga memiliki wajah seiras pelakon, Nadiya Nisaa.Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[3]